Tirai Besi

Negara-negara Pakatan Warsaw di timur Tirai Besi berwarna merah; ahli-ahli NATO di baratnya pula biru. Negara-negara berkecuali pula kelabu. Walaupun diperintah komunis, Yugoslavia berkecuali dari Blok Komunis. Beigut juga, kerajaan komunis Albania berpecah dari Kesatuan Soviet pada awal 1960-an untuk bersepakat dengan Republik Rakyat China selepas perpecahan China-Soviet.
Tirai Besi di Jerman

Tirai Besi atau Tabir Besi ialah sempadan simbolik, ideologi dan fizikal yang membahagi benua Eropah menjadi dua kawasan berasingan sejak berakhirnya Perang Dunia II sehingga tamatnya Perang Dingin, iaitu dari tahun 1945 hingga 1991. Di kedua-dua belah Tirai Besi, negara-negara Eropah membentuk pakatan ekonomi dan ketenteraan antarabangsa sendiri, iaitu COMECON bersama Pakatan Warsaw di sebelah timur dengan Kesatuan Soviet selaku anggota terpenting, dan NATO dan Kesatuan Eropah di sebelah barat, bersama Amerika Syarikat.

Tirai Besi berbentuk pertahanan sempadan antara negara-negara Eropah Barat dan Timur, terutamanya Tembok Berlin yang berfungsi sebagai simbol keseluruhan Tirai Besi untuk masa yang lama.[1]

Istilah Tirai Besi julung kalinya dipakai oleh Menteri Propaganda Jerman Nazi, Joseph Goebbels, dalam manifesto yang diterbitkan dalam akhbar Das Reich pada bulan Februari 1945[2], tetapi dipopularkan oleh "Ucapan Tirai Besi" olek Winston Churchill pada 5 Mac 1946.[3]

Realiti politik, ekonomi dan tentera

Sebelum Perang Dingin

Ungkapan menggambarkan duatu "Tirai Besi" telah lama dimunculkan (Rusia: Железный занавес Zheleznyj zanaves; JermanEiserner VorhangCzechŽelezná oponaSlovakŽelezná oponaHungaryVasfüggönyRomanian: Cortina de fier, Itali: Cortina di ferroSerbia: Гвоздена завеса Gvozdena zavesaEstoniaRaudne eesriieBulgaria: Желязна завеса Zhelyazna zavesä) sebelum Winston Churchill mempopularkan frasa tersebut; konsepnya dapar ditelusuri kembali ke penceritaan zaman Babylonia Talmud dari 3 hingga 5 abad CE, dimana Tractate Sota 38b merujuk kepada"mechitza shel barzel", penghalang besi atau jurang: Ibrahi: "אפילו מחיצה של ברזל אינה מפסקת בין ישראל לאביהם שבשמים" (Juga satu halangan besi tidak boleh memisahkan [ penduduk ] Israel daripada bapa syurga mereka).

Timur Tirai Besi

Ketika Tirai Besi masih ada, sesetengah negara Eropah Timur dan Eropah Tengah (kecuali Jerman Barat, Liechtenstein, Switzerland dan Austria) berada di bawah penguasaan Kesatuan Soviet. Sememangnya negara-negara Eropah Timur di timur Tirai ini sering dianggap sebagai negara Eropah Timur dan bukannya Eropah Tengan. Adlaah kebiasaan di rantau Barat untuk menganggap Jerman Timur dan Czechoslovakia dalam lingkungan Timur. Namun begitu, Jerman Timur, Republik Czech dan kebanyakan besar kawasan Poland lebih ke barat dari Austria, khususnya bandaraya Praha yang agak jauh ke barat dari Vienna. Sebahagian Tirai Besi memisahkan Czechoslovakia dari Austria di selatan.

Kebanyakan negara-negara Eropah Timur merupakan anggota-anggota Kesatuan Soviet (Republik Sosialis Soviet), sementara kebanyakan negara-negara blok Timur yang lain diperintah oleh kerajaan yang ditabalkan oleh pihak Soviet, kecuali dua iaitu Yugoslavia yang mengekalkan kebebasan penuhnya, dan Albania yang menjauhi pengaruh Soviet pada 1960-an lalu bergandingan dengan China; Albania dan Yugoslavia juga negara Komunis.

Negara-negara di sebelah timur Tirai Besi mendirikan perikatan ekonomi dan ketenteraan antarabangsa sendiri, iaitu COMECON dan Pakatan Warsaw.

Jerman tirai besi (berhampiran Witzenhausen-Heiligenstadt

Barat Tirai Besi

Di sebelah barat Tirai Besi pula, negara-negara Eropah Barat, Eropah Utara dan Eropah Selatan, bersama Austria, Jerman Barat, Liechtenstein dan Switzerland, mengamalkan ekonomi pasaran. Kesemua negara ini diperintah oleh kerajaan demokrasi, kecuali Sepanyol dan Portugal yang mengalami satu tempoh penguasaan fasisme serta pemerintahan diktator tentera di Yunani.

Kebanyakan negara di barat Tirai Besi, kecuali negara-negara berkecuali Switzerland, Liechtenstein, Austria, Sweden, Finland dan Ireland, semuanya berpakat dengan Amerika Syarikat dan Kanada dalam lingkungan NATO. Dari segi ekonomi, Komuniti Eropah dan Persatuan Perdagangan Bebas Eropah menjadi padanan COMECON, namun negara-negara berkecuali tersebut pun lebih rapat dengan Amerika Syarikat dari segi ekonomi berbanding Pakatan Warsaw.

Entiti fizikal

Sebahagian penanda sempadan Jerman Timur dan Jerman Barat yang dikekalkan, bergelar "Tembok Berlin Kecil" di Mödlareuth

Tirai Besi mengambil bentuk fizikal berupa kawasan pertahanan sempadan antara negara-negara Eropah timur dan barat, yang menjadi kawasan yang paling kuat ditenterakan di dunia, terutamanya yang bergelar "sempadan tengah Jerman" (Jerman: die Grenzecode: de is deprecated ) antara Jerman Timur dan Barat. Sempadan tengah Jerman ini ditandai di kawasan luar bandar oleh pagar kembar yang diperbuat dari jaringan dawai berbucu tajam, sementara berhampiran kawasan bandar pula penghalang konkrit tinggi yang serupa dengan Tembok Berlin. Penghalang ini sebenarnya berjarak pendek dari sempadan sebenar ke dalam wilayah Jerman Timur untuk mengelakkan pencerobohan ke dalam kawasan Barat. Garis sempadan sebenar pula ditandai tiang-tiang dan papan tanda serta dipantau oleh ratusan menara pengawal di sebalik penghalang. Jalur tanah di sebelah Jerman Barat penghalang itu, iaitu di antara garis sempadan sebenar dan penghalang itu, boleh dimasuki tetapi adanya risiko keselamatan pada diri, kerana kehadiran pengawal sempadan Jerman Timur dan Barat. Insiden tembak-menembak tidaklah jarang, dan sebanyak 28 orang pengawal sempadan Jerman Timur dan ratusan orang awam dibunuh dari tahun 1948–1981.

Di tempat-tempat lain pula, pertahanan sempadan antara barat dan timur lebih ringan lagi. Contohnya, sempadan antara Hungary dan Austria ditandai pagar berantai ringkas yang mudah ditanggalkan apabila menjadi bahagian Tirai Besi pertama yang ditanggalkan dengan dipotong oleh menteri-menteri luar negara-negara berkenaan pada 27 Jun 1989.

Di beberapa bahagian Czechoslovakia jalur sempadannya ratusan meter luasnya, maka ditetapkan kawasan larangan bertingkat apabila sempadan didekati. Hanya sesiapa yang diberi kebenaran kerajaan yang berpatutan dibenarkan mendekati sempadan.

Pembentukan kawasan bebas antara sempadan yang kuat kehadiran tenteranya membawa kepada pembentukan kawasan simpanan alam de facto serta mewujudkan koridor hidupan liar merentas Eropah; ini membantu proses perluasan beberapa spesis ke kawasan-kawasan baru. Semenjak tumbangnya Tirai Besi, terdapat beberapa inisiatif yang mengejar pembentukan halaman pemuliharaan alam Kawasan Hijau Eropah.

Istilah "Tirai Besi" hanya dipakai untuk memaksudkan sempadan-sempadan yang diperkuat di tengah Eropah, bukannya untuk sempadan-sempadan seumpamanya di antara negara-negara komunis dan kapitalis Asia between. Sempadan antara Korea Utara dan Korea Selatan sering diperbandingkan dengan bekas sempadan Jerman tengah tadi, terutamanya dari segi kehadiran tentera, tetapi tidak pernah dianggap sebahagian Tirai Besi pun.

Catatan

  1. ^ "Freedom! - TIME". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-25. Dicapai pada 2008-09-30.
  2. ^ A New Look at the Iron Curtain, Ignace Feuerlicht, American Speech, Vol. 30, No. 3 (Oct., 1955), p. 186–189.
  3. ^ http://en.wikisource.org/wiki/Iron_Curtain_Speech Sinews of Peace

Pautan luar

  • Information about the Iron Curtain with a detailed map and how to make it by bike
  • Soviet reaction to Churchill's speech Diarkibkan 2008-12-19 di Wayback Machine
  • A streaming online version of the Churchill's speech, with speech notes and other contextual documents Diarkibkan 2006-06-27 di Wayback Machine
  • "Peep under the Iron Curtain", a cartoon first published on March 6, 1946 in Daily Mail Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine
  • Field research along the northern sections of the former German-German border, with detailed maps, diagrams, and photos. Diarkibkan 2007-10-14 di Wayback Machine
  • The Lost Border: Photographs of the Iron Curtain
Peserta   NATO · Pakatan Warsaw · SEATO
1940-an
Persidangan Yalta · Operasi Unthinkable · Persidangan Potsdam · Hal ehwal Gouzenko · Krisis Iran 1946 · Perang Saudara Yunani · Penyataan semula Dasar tentang Jerman · Perang Indochina Pertama · Doktrin Truman · Rancangan Marshall · Darurat Tanah Melayu · Rampasan kuasa Czechoslovakia 1948 · Perpecahan Tito–Stalin · Pengepungan Berlin · Pengkhianatan Barat · Tirai Besi · Blok Timur · Perang Saudara Cina (pusingan kedua)
1950-an
Perang Korea · Rampasan kuasa Iran 1953 · Pemberontakan 1953 di Jerman Timur · Rampasan kuasa Guatemala 1954 · Pemecahan Vietnam · Krisis Selat Taiwan Pertama · Persidangan Kemuncak Geneva (1955) · Bantahan Poznań 1956 · Revolusi Hungary 1956 · Krisis Suez · Krisis Sputnik · Krisis Selat Taiwan Kedua · Revolusi Cuba · Perdebatan Dapur · Persidangan Asia–Afrika · Pindaan Bricker · McCarthyisme · Operasi Gladio · Doktrin Hallstein
1960-an
Krisis Congo · Perpecahan China-Soviet · Peristiwa U-2 1960 · Serangan Teluk Babi · Krisis Peluru Berpandu Cuba · Konfrontasi Indonesia-Malaysia · Tembok Berlin · Perang Vietnam · Rampasan kuasa Brazil 1964 · Pendudukan Amerika Syarikat 1965 di Republik Dominika · Perang Sempadan Afrika Selatan · Peralihan Tertib Baharu · Teori domino · Deklarasi ASEAN · Perang Saudara Laos · Junta tentera Yunani 1967–1974 · Revolusi Budaya · Perang China-India · Peristiwa Musim Bunga Praha · Komunisme Goulash · Konflik sempadan China-Soviet
1970-an
Pengenduran ketegangan · Perjanjian Larangan Pengembangan Senjata Nuklear · September Hitam di Jordan · Perang Saudara Kemboja · Diplomasi Ping Pong · Perjanjian Empat Kuasa tentang Berlin · Lawatan Nixon ke China 1972 · Rampasan kuasa Chile 1973 · Perang Yom Kippur · Perundingan Menghadkan Senjata Strategik · Perangan Saudara Angola · Perang Saudara Mozambique · Perang Ogaden · Perang Kemboja–Vietnam · Perang China-Vietnam · Revolusi Iran · Operasi Condor · Perang Pembebasan Bangladesh  · Penerbangan 902 Sistem Penerbangan Korea
1980-an
Perang Soviet di Afghanistan · Boikot Sukan Olimpik Musim Panas 1980 · Solidarność · Contras · Krisis Amerika Tengah · RYAN · Penerbangan 007 Sistem Penerbangan Korea · Able Archer 83 · Inisiatif Pertahanan Strategi · Serangan terhadap Grenada · Bantahan Dataran Tiananmen 1989 · Serangan terhadap Panama · Keruntuhan Tembok Berlin · Revolusi 1989 · Glasnost · Perestroika
1990-an
Lihat juga
Pengintipan Soviet dan Rusia di Amerika Syarikat · Hubungan Kesatuan Soviet–Amerika Syarikat · Hubungan NATO–Rusia
Pertubuhan
ASEAN · CIA · Comecon · Komuniti Eropah · GCHQ · KGB · Stasi
Perlumbaan
Perlumbaan senjata · Perlumbaan senjata nuklear · Perlumbaan Angkasa
Ideologi
Kapitalisme · Demokrasi liberal · Komunisme · (Stalinisme · Trotskyisme · Maoisme · Juche · Castroisme · Guevarisme · Titoisme)
Propaganda
Langkah aktif · Pravda · Radio Free Europe/Radio Liberty · Ketakutan Merah · Voice of America · Voice of Russia
Dasar asing
Doktrin Truman · Rancangan Marshall · Pembendungan · Doktrin Eisenhower · Teori domino · Doktrin Kennedy · Hidup bersama secara aman · Ostpolitik · Doktrin Johnson · Doktrin Brezhnev · Doktrin Nixon · Doktrin Ulbricht · Doktrin Carter · Doktrin Reagan · Gulung balik
Garis masa peristiwa · Portal · Kategori