Talmud

Talmud (Ibrani: תַּלְמוּדcode: he is deprecated ) ialah rekod dari perbincangan rabbinik berhubung hukum, etika, adat dan sejarah penganut agama Yahudi.

Talmud juga dipanggil Torah Shebe'al Peh yang bermaksud Taurat Lisan atau Undang-Undang Lisan. Ia merupakan tafsiran serta komentar dan syarahan mengenai Taurat dari para rabai dan cendekiawan. Talmud terdiri daripada dua bahagian iaitu Masnah dan Gemarah. Kandungan Talmud pula terdiri daripada ayat-ayat yang berunsurkan Halakhah (syariah Yahudi), dan Aggadah (legenda dan sejarah Yahudi).

Seluruh Talmud juga secara tradisinya dirujuk sebagai Shas ש"סcode: he is deprecated sebuah ringkasan Ibrani dari Shisha Sedarim, (Enam Bahagian dari Mishnah).

Talmud adalah kitab yang berbeza dengan Taurat sebenar. Disebabkan Yahudi adalah bangsa yang sering ditindas pada zaman Firaun, maka mereka hasilkan kitab talmud yang mengikut idealogi mereka sendiri yang mana kandungannya lebih memenangkan bangsa mereka. Itu hanyalah khayalan mereka disebabkan ditindas terlalu lama

Talmud Bavli dan Yerushalmi

Proses Gemarah (perbincangan berkaitan Mishnah)[1] berlangsung di dua pusat utama pengkajian Yahudi, di Eretz Yisrael ('Negeri Bani Israel') dan Babylon. Berikutan itu muncul dua himpunan Talmud. Kompilasi yang lebih tua dikenali sebagai Talmud Yerushalmi ataupun Talmud Baitulmaqdis. Ia dikumpulkan pada abad keempat Masihi di Eretz Yisrael. Talmud Babylon pula dikumpulkan pada tahun 500 M, mahupun ia masih disunting dalam abad-abad berikutnya. Perkataan 'Talmud', apabila digunakan tanpa syarat, lazimnya merujuk kepada Talmud Babylon.

Talmud Yerushalmi (Talmud Baitulmaqdis)

Halaman Talmud Baitulmaqdis Zaman Pertengahan dari Cairo Genizah.

Talmud Baitulmaqdis, yang juga dikenali sebagai Talmud Palestin, ialah satu daripada dua kompilasi pengajaran serta ulasan agama yang disampaikan secara lisan selama berkurun-kurun sebelum ia dibukukan oleh sarjana Yahudi di Eretz Yisrael.[2] Ia merupakan kompilasi pengajaran sekolah-sekolah di Tiberias, Sepphoris dan Caesarea. Sebahagian besarnya ditulis dalam dialek Bahasa Aramia barat dan berlainan daripada bahasa Babylon.

Talmud ini ialah iktisar analisis Mishnah yang dibangunakan dalam tempoh hampir 200 tahun oleh Akademi-akademi di Tiberias]] dan Caesarea. Oleh sebab lokasi mereka, pendeta Akademi-akademi tersebut memberi banyak perhatian kepada analisis hukum-hakam pertanian Eretz Yisrael. Secara tradisinya, Talmud ini dianggap telah dibuat redaksinya pada tahun 350 M oleh Rabai Muna dan Rabai Yossi di Eretz Israel. Secara tradisi juga, ia dikenali sebagai Talmud Baitulmaqdis mahupun ia tidak dikumpulkan di Baitulmaqdis.[3]

Redaksi terakhirnya dibuat pada akhir abad keempat Masihi, akan tetapi sarjana-sarjana yang menyediakan redaksi dalam bentuk akhirnya tidak dapat dipastikan. Pada masa itu agama Kristian sudah menjadi agama rasmi Empayar Rom dan Baitulmaqdis menjadi kota suci Kristian. Pada tahun 325 M Constantine, maharaja Kristian pertama berkata, "biarlah kita tiada kena-mengena dengan orang Yahudi ang terkutuk."[4] Oleh hal demikian, para pengumpul Talmud Palestin tidak memiliki banyak masa bagi menhasilakn karya yang bermutu tinggi yang mereka niatkan. Teks tidak lengkap dan sukar difahami.

Kendatipun tidak lengkap, Talmud Baitulmaqdis kekal menjadi sumber penting tentang pengembangan hukum-hakam Yahudi. Ia juga merupakan sumber penting bagi kajian Talmud Babylon oleh sekolah Kairouan kendalian Hananel ben Hushiel dan Nissim Ben Jacob. Hasilnya, pendapat yang berlandaskan Talmud Baitulmaqdis dimuatkan ke dalam Tosafot dan Mishneh Torah karya Maimonides.

Talmud Bavli (Talmud Babylon)

Set lengkap Talmud Babylon.

Talmud Bavli mengandungi dokumen yang dikumpulkan sepanjang tempoh akhir zaman baharian (abad ketiga hingga kelima Masihi).[5]

Talmud Bavli terdiri daripada Mishnah dan Gemarah Babylon; Gemarah Babylon merupakan puncak pengumpulan analisis selama 300 tahun terhadap Mishnah, yang di lakukan di akademi-akademi Babylon. Asas proses penganalisan ditetapkan oleh Rab, seorang hawari Rabai Judah ha-Nasi. Secara tradisi, pengumpulan Talmud Babylon disandarkan kepada dua pendeta Babylon, Rabai Rav Ashi dan Ravina. Rabai Ashi mengetuai Akademi Sura dari tahun 375 sehingga 427 M. Kerja yang dimulakan oleh Rabai Ashi disempurnakan oleh Ravina yang dianggap, secara tradisinya, sebagai penghujah Amora (sarjana Yahudi yang menyatakan pengajaran Torah Lisan, dari tahun 200 hingga 500 SM di Babylon)[6] Sehubungan dengan itu para pengkaji tradisional berpegang bahawa kematian Ravina pada tahun 499 M menjadi titik akhir redaksi Talmud Babylon disiapkan. Namun demikian, beberapa petikan dianggap kerja rabai-rabai yang menyunting Talmud selepas zaman Ravina, bukan sahaja oleh para sarjana biasa malah sarjana yang paling tradisional. Rabai ini dikenali sebagai Saboraim atau Rabbanan Savora'e ('pengtaakul' atau 'penilai').

Perbandingan gaya dan kandungan

Terdapat perbezaan besar antara kedua-dua kompilasi Talmud. Selain perbezaan bahasa, Talmud Yerushalmi (Talmud Baitulmaqdis) sering kali dalam bentuk cebisan dan sukar dibaca, mahupun si pembaca itu seorang ahli Talmud yang berpengalaman. Redaksi Talmud Bavli (Talmud Babylon) pula lebih rapi dan persis. Hukum yang diturunkan dalam kedua-dua Talmud secara amnya serupa, melainkan perbezaan kecil pada penitikberatan dan perincian. Talmud Baitulmaqdis tidak menerima banyak perhatian daripada pengulas, dan jika adapun, pengulasan lebih bertumpu kepada perbandingan pengajaran dengan Talmud Bavli.


Nota

  1. ^ Jewfaq.org
  2. ^ "Palestinian Talmud". Encyclopædia Britannica Online. Encyclopædia Britannica. 2010. Dicapai pada August 4, 2010.
  3. ^ The Yerushalmi--the Talmud of the land of Israel: an introduction, Jacob Neusner, J. Aronson, 1993
  4. ^ Eusebius (circa 330 CE). "XVIII: He speaks of their Unanimity respecting the Feast of Easter, and against the Practice of the Jews". Vita Constantini. III. Dicapai pada June 21, 2009. Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)
  5. ^ "Early compilations » The making of the Talmuds: 3rd–6th century". Encyclopædia Britannica. Encyclopædia Britannica Online. 2008. Dicapai pada 2June 21, 2009. More than one of |encyclopedia= and |work= specified (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  6. ^ Gideon Golany Babylonian Jewish neighborhood and home design- 1999 38 "Amoraim (from the Aramaic word amora meaning "spokesman")"

Rujukan

  • Nathan T. Lopes Cardozo The Infinite Chain: Torah, Masorah, and Man (Philipp Feldheim, 1989). ISBN 0-944070-15-9
  • Aryeh Carmell (December 1986). Aiding Talmud study. Feldheim Publishers. ISBN 978-0-87306-428-6. Dicapai pada 29 August 2011. (includes Samuel ha-Nagid's Mevo ha-Talmud, see next section)
  • Zvi Hirsch Chajes Mevo Hatalmud, transl. Jacob Shachter: The Students' Guide Through The Talmud (Yashar Books, 2005). ISBN 1-933143-05-3
  • Dan Cohn-Sherbok (1994). Judaism and other faiths. Palgrave Macmillan. ISBN 978-0-312-10384-2. Dicapai pada 29 August 2011.
  • Fraade, Steven D, "Navigating the Anomalous: Non-Jews at the Intersection of Early Rabbinic Law and Narrative", in Laurence Jay Silberstein; Robert L. Cohn (1 August 1994). The Other in Jewish thought and history: constructions of Jewish culture and identity. NYU Press. m/s. 145–165. ISBN 978-0-8147-7990-3. Dicapai pada 29 August 2011.
  • R. Travers Herford (15 February 2007). Christianity in Talmud and Midrash. KTAV Publishing House, Inc. ISBN 978-0-88125-930-8. Dicapai pada 29 August 2011.
  • D. Landesman A Practical Guide to Torah Learning (Jason Aronson, 1995). ISBN 1-56821-320-4
  • Emmanuel Lévinas; Annette Aronowicz (February 1994). Nine Talmudic readings. Indiana University Press. ISBN 978-0-253-20876-7. Dicapai pada 29 August 2011.
  • Levy, Richard S., Antisemitism: a historical encyclopedia of prejudice and persecution, Volume 2, ABC-CLIO, 2005. See articles: "Talmud Trials", "Entdecktes Judenthum", "The Talmud Jew", "David Duke", "August Rohling", and "Johannes Pfefferkorn".
  • Hyam Maccoby; Jehiel ben Joseph (of Paris) (1993). Judaism on trial: Jewish-Christian disputations in the Middle Ages. Fairleigh Dickinson University Press. ISBN 978-1-874774-16-7. Dicapai pada 29 August 2011. A compendium of primary source materials, with commentary.
  • Maimonides Introduction to the Mishneh Torah (English translation)
  • Maimonides Introduction to the Commentary on the Mishnah (Hebrew Fulltext), transl. Zvi Lampel (Judaica Press, 1998). ISBN 1-880582-28-7
  • Aaron Parry The Complete Idiot's Guide to The Talmud (Alpha Books, 2004). ISBN 1-59257-202-2
  • Rodkinson, Michael Levi, The history of the Talmud from the time of its formation, about 200 B.C., up to the present time, The Talmud Society, 1918
  • Jonathan Rosen (25 October 2001). The Talmud and the Internet: A Journey Between Worlds. Continuum International Publishing Group. ISBN 978-0-8264-5534-5. Dicapai pada 29 August 2011.
  • Adin Steinsaltz (11 September 2006). The essential Talmud. Basic Books. ISBN 978-0-465-08273-5. Dicapai pada 29 August 2011. Read more here. See also here.
  • Adin Steinsaltz The Talmud: A Reference Guide (Random House, 1996). ISBN 0-679-77367-3