Zairaini Sarbini

Zairaini Sarbini
Kelahiran(1972-11-01)1 November 1972
Malaysia
Meninggal dunia9 Ogos 2021(2021-08-09) (umur 48)
Damansara Damai, Damansara, Selangor
Sebab kematianKanser serviks
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Kampung Puah, Gombak, Selangor
PekerjaanPelakon suara
Tahun aktif1991–2021

Zairaini Sarbini (1 November 1972 – 9 Ogos 2021) ialah seorang pelakon suara Malaysia yang terlibat dalam pengalihan suara ke dalam Bahasa Melayu untuk kartun, anime, filem asing dan rancangan TV yang kebanyakannya disiarkan di saluran Astro Ceria. Beliau juga merupakan ibu saudara kepada pelakon suara bernama Arfalie Fikrie Razali yang menjadi pengalih suara Shin-chan.[1] Zairani dahulunya bekerja di Filem Karya Nusa.

Kerjaya Alih Suara

Buat sulung kalinya Zairaini mula menjadi pelakon suara di panggung Bukit Kepong pada 1991. Zairani mengatakan bahawa beliau merasa sedikit gemuruh semasa kali pertama dia mengalih suara. Pada tahun 2008, beliau telah meninggalkan Filem Karya Nusa dan mula bekerja di studio lain.

Peranan

Lakonon Hidup Filem

  • The Chronicles of Naria: The Lion, The Witch and the Wardrobe
  • The Pacifier - Zoe Plummer (Brittany Snow), Lulu Plummer (Morgan York)

Lakonon Hidup Televisyen

  • Goosebumps - Carly Beth Caldwell (Kathryn Long) (Episod: Para Berhantu Topeng I dan II
  • Hannah Montana - Suara tambahan
  • The Suite Life of Zack and Cody - Suara tambahan

Anime

Animasi Televisyen

  • Danny Phantom - Danny Fenton, Valerie Gray (1 episod), Penelope Spectra (1 episod) (2006-2008)
  • Totally Spies - Samantha "Sam" Simpson
  • Phineas and Ferb - Candace Flynn, Puteri Baldegunde, Stacy Hirano (1 episod), Vanessa Doofenshmirtz (Sebelas episod) (2008 - kini)
  • Spongebob Squarepants - Sandy Cheeks, Karen
  • The Garfield Show - Dr. Liz Wilson
  • Bananas in Pyjamas - Lulu
  • Avatar: The Last Airbender - Katara
  • Chalkzone - Rudy Tabootie, Queen Rapsheeba, Nurse Jenny, Spyfly, Penyiar Cuaca
  • My Friend Rabbit - Hazel, Edweena, Amber Gibble, Coral Gibble, Jade Gibble
  • We Kids are Powerful (我们小孩有力量) - Xiao Mao, Ai Mei
  • Code Lyoko - Odd
  • Recess (Siri TV) - Ashley Armbruster

Filem Anime

  • King of Thorn - Kasumi Ishiki

Filem Animasi

Kematian

Zairaini meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 pukul 3.30 petang di kediamannya di Damansara Damai kerana kanser serviks.[1]

Menurut suami Zairaini, keadaan isterinya semakin merosot seminggu lalu sebelum meninggal dunia dan tidak sempat menjalani kemoterapi di Institut Kanser Negara.

Jenazahnya telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Puah, Gombak, Selangor.

Rujukan

  1. ^ Fikrie pinjamkan suara untuk Shinchan, Utusan Malaysia, 30 Jun 2005.
  2. ^ http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0630&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm
Persondata
Nama Zairaini Sarbini
Nama alternatif
Pemerihalan ringkas Pelakon suara Malaysia
Tarikh kelahiran 11 November 1972
Tempat kelahiran  Malaysia
Tarikh kematian 9 Ogos 2021
Tempat kematian