Yūji Kuroiwa
Yūji Kuroiwa | |
---|---|
黒岩 祐治 | |
Gabenor Kanagawa | |
Penjawat kini | |
Memegang jawatan 23 April 2011 | |
Didahului oleh | Shigefumi Matsuzawa |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1954-09-26) 26 September 1954 (umur 69) Kobe, Hyōgo, Jepun |
Parti politik | Bebas |
Alma mater | Universiti Waseda |
Yūji Kuroiwa (黒岩 祐治code: ja is deprecated , Kuroiwa Yūji) ialah seorang ahli politik Jepun dan gabenor Wilayah Kanagawa.[1] Beliau memenangi pilihan raya Gabenor Kanagawa 2023, empat undian berturutan sejak ditunjuk sebagai penerus Shigefumi Matsuzawa dalam pilihan raya kesatuan Jepun 2011.
Biografi
Yūji lahir pada tarikh 26 September 1954 di Kobe, bandaraya Wilayah Hyōgo di bahagian Kansai Jepun. Beliau ialah seorang alumni Sekolah Tinggi Sains Politik dan Ekonomi, Universiti Waseda. Selepas menamatkan sekolah tingginya, Yūji bekerja sebagai pengacara dan wartawan Fuji TV selama lebih dari 20 tahun lamanya.
Pada tahun 2009, Yūji menjadi salah satu pensyarah dan profesor sekolah tinggi. Beliau rasmi ditunjuk sebagai Gabenor Kanagawa pada tarikh 23 April 2011 selepas berjaya dalam pilihan raya Kesatuan Jepun 2011 sebagai calon bebas. Yüji mara sebagai pemenang pada pilihan raya Kesatuan 2015, pilihan raya Gabenor 2019 dan pilihan raya Gabenor 2023.
Rujukan
- ^ The Anchor Man: Kanagawa Governor Yuji Kuroiwa, Tokyo Weekender, July 22, 2013.