Undang-undang hak cipta Amerika Syarikat

Undang-undang hak cipta Amerika Syarikat ialah undang-undang yang menguasai hak-hak karya yang kreatif dan berseni di Amerika Syarikat. Undang-undang ini adalah sebahagian daripada undang-undang Persekutuan dan diberikan kuasa oleh Perlembagaan Amerika Syarikat. Kuasa untuk menggubal undang-undang hak cipta diberikan oleh Perkara I, Seksyen 8, Fasal 8 yang juga dikenali sebagai Fasal Hak Cipta. Ia menyatakan:

Kongres akan memiliki Kuasa [. . .] untuk mempromosikan Kemajuan Sains dan Seni yang berguna dengan mendapatkan Tempoh-tempoh yang terhad kepada para Pengarang dan Pereka hak eksklusif untuk Tulisan dan Penemuan masing-masing.

Fasal ini merupakan asas kepada undang-undang hak cipta ("Sains," "Pengarang", "Tulisan") dan undang-undang paten ("Seni berguna", "Pereka", "Penemuan") Amerika Syarikat. Ia merangkumi tempoh-tempoh terhad yang dibenarkan untuk hak cipta dan paten ("Tempoh terhad") serta juga untuk perkara-perkara yang dilindunginya ("Hak eksklusif kepada Tulisan dan Penemuan masing-masing").

Di Amerika Syarikat, hak cipta ditadbirkan oleh Pejabat Hak Cipta Amerika Syarikat yang merupakan sebahagian daripada Perpustakaan Kongres. Maklumat yang lebih lanjut tentang undang-undang hak cipta Amerika Syarikat boleh didapati daripada laman web Pejabat Hak Cipta Amerika Syarikat.

Pautan luar

Wikibooks
Wikibooks
[[wikibooks:|]] Wikibooks mempunyai maklumat lanjut mengenai:
US Copyright Law

Amerika Syarikat

  • Pejabat Hak Cipta Amerika Syarikat
  • Senarai surat pekeliling Pejabat Hak Cipta Amerika Syarikat
    • Surat pekeliling 21: Salinan Karya-karya berhak cipta oleh Pendidik dan Pustakawan[pautan mati kekal]
  • Sumber Perniagaan Kecil Stopfakes.gov USPTO Diarkibkan 2013-03-13 di Wayback Machine
  • Laporan Perkhidmatan Penyelidikan Kongres (CRS) tentang hak cipta Diarkibkan 2009-06-06 di Wayback Machine
  • Universiti Cornell: Panduan untuk tempoh-tempoh hak cipta di Amerika Syarikat
  • Pejabat Hak Cipta Amerika Syarikat: Pendaftaran dan carian hak cipta
  • Garis masa Hak Cipta:- Sejarah Hak Cipta di Amerika Syarikat Diarkibkan 2013-04-01 di Wayback Machine
  • Hak Cipta dan Kebudayaan Diarkibkan 2009-05-28 di Wayback Machine oleh Christopher D. Hunter
  • Teks bagi setiap versi Akta Hak Cipta Amerika Syarikat (1909 - kini)
  • Carta aliran dan jadual untuk menentukan status hak cipta bagi sesuatu karya