The Godfather (novel)

The Godfather
Umum
PengarangMario Puzo
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
SiriThe Godfather
GenreNovel jenayah
Penerbitan
Pelukis kulitS. Neil Fujita
PenerbitG. P. Putnam's Sons
Tarikh penerbitan
10 Mac 1969
Kawalan kewibawaan
Perpuluhan Dewey
813.54
Kronologi
The Family Corleone The Sicilian

The Godfather ialah novel jenayah tahun 1969 karya Mario Puzo. Novel cereka ini mengisahkan sebuah keluarga Mafia yang berpengaruh di Bandar Raya New York dan Long Beach diketuai oleh Vito Corleone; ia terangkum antara tahun 1945 hingga 1955 dari zaman kanak-kanak Vito hingga dewasa.

Novel ini menjadi masyhur kerana perkenalan para pembaca Amerika Syarikat terhadap budaya mafia Itali, La Cosa Nostra, yang dipusatkan dalam karya ini. Ia juga asas kepada suatu siri tiga filem berjudul sama yang mendapat pujian kritis tinggi, khususnya filem pertama yang dihasilkan tahun 1972.[1][2]

Pengkaryaan

Ia awalnya diterbitkan pada oleh GP Putnam's Sons tahun 1969. Novel ini didedikasikan Puzo kepada seseorang bernama Anthony Cleri.

Banyak unsur cerita ini didasarkan sejarah mafia "Five Families", yang memaharajalela di kota New York dan kawasan sekitarnya. Watak Vito Corleone sendirinya gabungan dua orang ketua mafia terkenal, Frank Costello dan Carlo Gambino.[3]

Adaptasi

Tiga filem dihasilkan dengan arahan Francis Ford Coppola disertakan lakon layar oleh Mario Puzo sendiri:[1][2]

  • The Godfather (1972)
  • The Godfather Part II (1974)
  • The GodFather Part III (1990).

Catatan dan rujukan

  1. ^ a b "Top Movies - Best Movies at Rotten Tomatoes". Rottentomatoes.com. Dicapai pada 2011-08-10.
  2. ^ a b Users, IMDb. "IMDb Top Rated Movies". IMDb.
  3. ^ "The Godfather by Mario Puzo". FactBehindFiction.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-08. Dicapai pada 2020-10-30.

Pautan luar

  • The Official Mario Puzo's Library entry for The Godfather
  • 20th-Century American Bestsellers's Entry for The Godfather
  • The Godfather dalam perpustakaan (katalog WorldCat)