Suntikan intraotot

Suntikan intraotot (atau IM) ialah suntikan sesuatu bahan terus ke dalam otot. Dalam bidang perubatan, ia merupakan salah satu daripada banyak kaedah alternatif untuk memberikan ubat (lihat laluan pemberian ubat). Suntikan intraotot diberikan untuk bentuk ubat yang diberikan dalam jumlah yang sedikit. Bergantung kepada sifat kimia drug, ubat itu dapat diserap agak pantas atau secara beransur-ansur. Ubat suntikan intraotot biasanya disuntik ke dalam otot deltoid, otot vastus lateralis, otot ventrogluteus, dan dorsogluteus.

Komplikasi dan kontrapenunjukan

Apabila otot gluteus digunakan, suntikan perlu dibuat pada sukuan atas luar punggung untuk mengelakkan sebarang kerosakan kepada saraf siatik. Fibrosis suntikan ialah komplikasi yang boleh berlaku jika suntikan diberikan dengan kerap atau melalui teknik yang salah.

Trombositopenia (bilangan platelet yang rendah ) dan koagulopati (kecenderungan perdarahan) ialah kontrapenunjukan suntikan intraotot kerana ia boleh mengakibatkan hematoma.

Contoh ubat

Contoh ubat yang kekadang diberikan secara intraotot termasuk yang berikut (perhatikanlah bahawa nama bahasa Inggeris dikekalkan dalam bidang perubatan, mengikut Kamus Istilah Karyanet):

  • Codeine
  • Diazepam
  • Dimercaprol
  • Hormon seks, seperti testosteron, estradiol valerat,
    dan Depo Provera
  • Interferon beta-1a
  • Ketamine
  • Kuinin dalam bentuk glukonat
  • Lupron

  • Methotrexate
  • Metoclopramide
  • Morphine
  • Naloxone
  • Olanzapine
  • Penisilin
  • Prednisone
  • Streptomycin

Selain itu, sesetengah vaksin juga diberikan secara intraotot:

  • Gardasil
  • Vaksin hepatitis A

Tambahan lagi, sesetengah bahan (misalnya, ketamine) juga disuntik secara intraotot untuk tujuan rekreasi.

Pautan luar

  • Injections,+Intramuscular dalam Tajuk Subjek Perubatan (MeSH) di Perpustakaan Perubatan Negara AS
  • Animated Intramuscular Injection tutorial
  • l
  • b
  • s
Laluan pemberian ubat / Bentuk dos
Mulut
Enteral/ salur pencernaan
Kapsul · Pil · Tablet · Tablet penyepaian mulut · Tipisan · OROS (kapsul pelepas terkawal osmosis)
Eliksir · Emulsi · Sirup · Ampaian · Tinktur
Salur respirasi
Alat sedut (Dos bermeter, Serbuk kering) · Penebula
Pemberian ubat sublingua
ENT
Ubat titis mata · Ubat titis telinga · Intranasal
Transdermis
Emulsi (Salap · Krim · Losen · Linimen · Gel · Pes · Tipisan)  · Syampu berubat  · Implan transdermis · Tompok transdermis
Suntikan/parenteral
Subkutis (SC) · Intravena (IV) · Intraotot (IM) · Dalam tulang · Intraperitoneum (IP) · Intratekal · Intrakavernosa
Faraj
Pesari (supositori faraj) · Cecincin faraj · Douche · Alat dalam rahim
Rektum/Dubur
Supositori · Enema


Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.