Spirulina (makanan tambahan)

Spirulina
Pengelasan saintifik
Domain:
Bakteria
Filum:
Cyanobacteria = Chroobacteria
Order:
Oscillatoriales
Keluarga:
Phormidiaceae
Genus:
Arthrospira
Spesies

Kira-kira 35.

  • Arthrospira maxima
  • Arthrospira platensis

Spirulina adalah nama bagi satu bentuk makanan tambahan yang mirip kepada Chlorella dan Aphanizomenon flos-aquae (Alga Biru Hijau). Spirulina wujud dalam dua jenis spesis cyanobacteria: Arthrospira platensis, dan Arthrospira maxima. Keduanya serta juga spesis Arthrospira yang lain pernah diklasifikasikan dalam genus Spirulina. Kini, terdapat persetujuan bahawa mereka adalah dari jenis genus berbeza, dan spesis makanan yang tergolong dalam kumpulan Arthrospira; walau bagaimanapun, istilah Spirulina yang lama masih lagi sering digunapakai. Spirulina dituai dari serata dunia, dan sering digunakan sebagai makanan tambahan serta sebagai makanan lengkap dan boleh didapati dalam bentuk tablet, kepingan, serbuk dan juga cecair. Ia juga digunakan sebagai makanan binatang tambahan untuk industri akuakultur, akuarium dan ternakan ayam. [1]

Rujukan

  1. ^ Vonshak, A. (ed.). Spirulina platensis (Arthrospira): Physiology, Cell-biology and Biotechnology. London: Taylor & Francis, 1997.

Lihat juga

  • Algakultur - Perladangan komersil alga
  • Chlorella - Alga lain yang berpotensi sebagai makanan dan bahan bakar.

Pautan luar

  • Intergovernmental Institution for the use of Micro-algae Spirulina Against Malnutrition (IIMSAM)
  • Micrographs and movies of A. platensis. Diarkibkan 2012-04-19 di Wayback Machine

Templat:Dietary supplement