René Descartes

René Descartes
Portret René bertarikh 1648[1]
Lahir(1596-03-31)31 Mac 1596
La Haye en Touraine, Kerajaan Perancis
Meninggal dunia11 Februari 1650(1650-02-11) (umur 53)
Stockholm, Empayar Sweden
WarganegaraPerancis
ZamanFalsafah abad ke-17
AliranRasionalisme
Pengasas Kartesianisme
Minat utamaMetafizik, epistemologi, matematik, fizik, kosmologi
Idea pentingCogito ergo sum, Skeptisisme Cartes, kaedah normal, sistem koordinat Cartes, dualisme Cartes, fundasionalisme, mathesis universalis, folium Descartes, keabadian momentum (quantitas motus)[2]
Alma materUniversiti Poitiers
Universiti Franeker
Universiti Leiden
Dipengaruhi
  • Plato, Aristotle, Archimedes, Ibn al-Haytham, Al-Ghazali,[3] Ibnu Rushd, Ibnu Sina, Anselm, Augustine, Stoics, Aquinas, Ockham, Suarez, Mersenne, Sextus Empiricus, Montaigne, Golius, Beeckman, Harvey,[4] Viète,[5] Duns Scotus[6]
Mempengaruhi
Tandatangan

René Descartes (31 Mac 1596 – 11 Februari 1650;[8][9][10]:58 juga dikenali dengan nama Latinnya Renatus Cartesius[11]) ialah seorang ahli falsafah, ahli matematik, dan ahli sains yang terkenal. Digelarkan sebagai "Pengasas Falsafah Moden" serta "Bapa Matematik Moden", beliau mendapat tempat sebagai salah satu ahli fikir yang terpenting dan terpengaruh pada zaman moden. Untuk kebaikan atau keburukan, kebanyakan daripada falsafah barat yang kemudian merupakan satu reaksi terhadap karya-karyanya yang telah dikaji dengan teliti sejak masanya sehingga hari ini. Descartes adalah salah satu ahli fikir utama dalam Revolusi Sains Dunia Barat. Beliau telah dihormati dengan mempunyai sistem koordinat Cartes yang digunakan dalam geometri satah dan algebra dinamai sempena namanya.

Descartes sering membandingkan pandangannya dengan pandangan pendahulu-pendahulunya. Dalam bahagian permulaan karyanya, Keghairahan Jiwa, beliau sanggup menegaskan bahawa beliau akan menulis tentang topik ini "seolah-olah tiada orang yang pernah menulis tentang perkara ini dahulu". Bagaimanapun, banyak daripada unsur-unsur falsafahnya mempunyai duluan dalam lewat Aristotelianisme, Stoisisme abad ke-16 yang dihidupkan semula, atau oleh ahli-ahli falsafah sebelumnya seperti Augustine. Dalam falsafah semula jadinya, pandangan beliau berbeza dengan skolastisisme dalam dua aspek yang utama: pertama sekali, beliau menolak analisis bahan zahir untuk jirim dan bentuk; kedua, beliau menolak sebarang pengharapan terhadap teleologi untuk menjelaskan fenomena alam semula jadi. Dalam teologinya, beliau menegaskan kebebasan mutlak terhadap penciptaan Tuhan.

Descartes merupakan tokoh utama dalam aliran fikiran rasionalisme Eropah abad ke-17 yang kemudian disokong oleh Baruch Spinoza serta Gottfried Leibniz, tetapi ditentang oleh aliran fikiran empirisisme yang disokong oleh Thomas Hobbes, John Locke, George Berkeley, dan David Hume. Kesemua Leibniz, Spinoza dan Descartes adalah mahir dalam matematik serta juga falsafah, dan Descartes dan Leibniz juga telah banyak menyumbang kepada bidang sains. Sebagai pereka sistem koordinat Cartes, Descartes mengasaskan geometri analisis, satu penghubung antara algebra dan geometri yang amat penting dalam rekaan kalkulus dan analisis. Pemikiran-pemikiran Descartes tentang minda dan mekanisme memulakan kelainan pemikiran barat yang lama kemudian, selepas didorong oleh rekaan komputer elektronik dan kemungkinan kecerdasan mesin, berkembang menjadi, umpamanya, ujian Turing.

Pengaruh

Matematik

Falsafah

Beliau membuahkan pendapat bahawa kewujudan dan keberadaan diri seseorang datang dari keadaan terbentuknya suatu fikiran; perkara ini diabadikan dalam pengungkapan cogito ergo sum mula-mula dalam Discours de la Méthode (bahagian IV) dan kemudiannya dalam Principia Philosophiae (§7).

Senarai karya penulisan

Principia philosophiae, 1685
  • 1618. Musicae Compendium; penulisan mengenai teori muzik bersama Isaac Beeckman (ditulis tahun 1618, diterbit anumerta tahun 1650).[12]:127–129
  • 1626–1628. Regulae ad directionem ingenii
  • c. 1630. De solidorum elementis
  • 1630–1631. La recherche de la vérité par la lumière naturelle; penulisan dialog tidak sempurna, diterbitkan tahun 1701.[13]:264ff
  • 1630–1633. Le Monde dan L'Homme; masing-masing diterbitkan secara anumerta tahun 1664 dan 1662
  • 1637. Discours de la méthode (Discourse on the Method).
  • 1637. La Géométrie
  • 1641. Meditationes de prima philosophia
  • 1644. Principia philosophiae
  • 1647. Notae in programma
  • 1648. La description du corps humain, diterbitkan secara anumerta tahun 1667.
  • 1648. Responsiones Renati Des Cartes..., catatan perbualan dalam suatu soal jawab antara Descartes dan Frans Burman on 16 April 1648; ditemukan semula tahun 1895
  • 1649. Les passions de l'âme. Dedicated to Princess Elisabeth of the Palatinate.
  • 1657. Correspondance (three volumes: 1657, 1659, 1667), diterbutkan penyunting beliau Claude Clerselier.

Rujukan

  1. ^ Shorto, Russell (2008). "Descartes' Bones". Doubleday. m/s. 218.
  2. ^ Alexander Afriat, "Cartesian and Lagrangian Momentum" (2004).
  3. ^ Marenbon, John (2007). Medieval Philosophy: an historical and philosophical introduction. Routledge. m/s. 174. ISBN 978-0-415-28113-3.
  4. ^ H. Ben-Yami, Descartes' Philosophical Revolution: A Reassessment, Palgrave Macmillan, 2015, p. 76.
  5. ^ H. Ben-Yami, Descartes' Philosophical Revolution: A Reassessment, Palgrave Macmillan, 2015, p. 179: "[Descartes'] work in mathematics was apparently influenced by Vieta's, despite his denial of any acquaintance with the latter’s work."
  6. ^ Étienne Gilson argued in La Liberté chez Descartes et la Théologie (Alcan, 1913, pp. 132–47) that Duns Scotus was not the source of Descartes' Voluntarisme. Although there exist doctrinal differences between Descartes and Scotus "it is still possible to view Descartes as borrowing from a Scotist Voluntarist tradition" (see: John Schuster, Descartes-Agonistes: Physcio-mathematics, Method & Corpuscular-Mechanism 1618–33, Springer, 2012, p. 363, fn. 26).
  7. ^ "Jacques Bénigne Bossuet, French prelate and historian (1627–1704)" dari Encyclopædia Britannica edisi ke-10 (1902)
  8. ^ "Descartes". Collins English Dictionary. HarperCollins.
  9. ^ "Descartes, René" (US English). Lexico. Oxford University Press. 2020.
  10. ^ Colie, Rosalie L. (1957). Light and Enlightenment. Cambridge University Press. m/s. 58.
  11. ^ Wells, John (3 April 2008). Longman Pronunciation Dictionary (ed. 3rd). Pearson Longman. ISBN 978-1-4058-8118-0.
  12. ^ Cook, H. J., in Porter, R., & Teich, M., eds., The Scientific Revolution in National Context (Cambridge: Cambridge University Press, 1992), pp. 127–129.
  13. ^ Cottingham, J., Murdoch, D., & Stoothof, R., trans. and eds., The Philosophical Writings of Descartes, Vol. 2 (Cambridge: Cambridge University, 1984), pp. 264ff.

Pautan luar

  • Tafakur oleh Descartes – diterjemahkan oleh John Veitch (1901)
  • Buku Audio Bahasa Perancis (mp3) Diarkibkan 2006-11-25 di Wayback Machine: petikan mengenai haiwan/mesin daripada Huraian Mengenai Kaedah
  • Huraian Mengenai Kaedah Diarkibkan 2004-10-11 di Wayback Machine – di Projek Gutenberg
  • Pilihan-pilihan daripada Prinsip-prinsip Falsafah Diarkibkan 2004-11-03 di Wayback Machine – di Projek Gutenberg
  • Biografi Descartes yang terperinci
  • Ensiklopedia Katolik: Rene Descartes
  • Tafakur, Huraian Mengenai Kaedah, dan Bantahan-bantahan terhadap Jawapan Descartes – versi-versi yang lebih mudah dibaca
  • Conscientia Descartes
  • Descartes dan Ryle (nota-nota syarahan) Diarkibkan 2006-06-27 di archive.today
  • Sains Rene Descartes
  • Ensiklopedia Falsafah Stanford:
    • Epistemologi Descartes
    • Etika Descartes
    • Kehidupan dan Karya-karya Descartes
    • Metafizik Modal Descartes
    • Aliran Hujah Ontologi Descartes
    • Descartes dan Kelenjar Pineal
  • Centro di Studi su Descartes e il Seicento – mengandungi Buletin Cartésian dalam talian
  • Centre d'études cartésiennes, Paris IV Sorbonne
  • Pusat Penyelidikan Asas-asas Pemikiran Moden, Universiti Bucharest
  • l
  • b
  • s
Falsafah agama
Rencana berkait:
Agama • Agama dan politik • Eksegesis • Falsafah agama • Hubungan antara agama dan sains • Kepercayaan dan kerasionalan • Kritikan terhadap agama • Sejarah agama • Teologi • lanjut...
Konsep dalam agama

Akhirat • Dilema Euthyphro • Jiwa • Kepercayaan • Kepercayaan agama • Masalah kejahatan • Mukjizat • Reka bentuk cerdas • Roh • Teodisi

Teori agama
Agnostisisme • Akosmisme • Animisme • Anti-agama •

Ateisme • Brights • Bukan dualisme • Bukan teisme • Deisme • Dharmisme • Dualisme • Eksistensialisme (Agnostik, Ateis, Kristian) • Eksklusivisme • Eksoterisisme • Fundamentalisme agama • Gnostisisme • Henoteisme • Humanisme (Agama, Kristian, Sekular) • Inklusivisme • Mistisisme • Monisme • Monoteisme • Naturalisme (Agama, Humanisme, Metafizik) • Pandeisme • Panteisme • Perbomohan • Politeisme • Spiritualisme • Taoik • Teisme • Teologi kewanitaan • Teologi proses • Teori perintah ketuhanan •

Transendentalisme • Zaman Baharu • lanjut ...
Ahli falsafah agama

Albrecht Ritschl • Alvin Plantinga • Anselm dari Canterbury • Antony Flew • Augustine dari Hippo • Averroes • Baron d'Holbach • Baruch Spinoza • Blaise Pascal • Boethius • David Hume • Desiderius Erasmus • Emil Brunner • Ernst Cassirer • Ernst Haeckel • Ernst Troeltsch • Friedrich Schleiermacher • Gaunilo dari Marmoutiers • Georg Hegel • George Santayana • Harald Høffding • Heraclitus • Immanuel Kant • J. L. Mackie • Johann Gottfried Herder • Karl Barth • Ludwig Feuerbach • Maimonides • Paul Tillich • Pico della Mirandola • Ramakrishna • Reinhold Niebuhr • René Descartes • Richard Swinburne • Robert Merrihew Adams • Rudolf Otto • Sigmund Freud • Søren Kierkegaard • Thomas Aquinas • Thomas Chubb • William Alston • William James • W.K. Clifford • William L. Rowe • William Whewell • William Wollaston • lanjut ...

Kewujudan tuhan
Menyokong
Alasan · Asas yang wajar · Kasih sayang · Kecantikan · Keinginan · Kesedaran · Kosmologi · Kristologi · Mukjizat · Ontologi · Pertaruhan Pascal · Pengalaman · Prinsip moral · Saksi · Tahap · Teleologi · Transendental
Membantah
Bukan kognitivisme · Ikhtiari · Ketakpercayaan · Maha kuasa · Kejahatan · Neraka · Pembuka kata 747 · Pisau cukur Occam · Pertaruhan Ateis · Reka bentuk lemah · Teko Russell · Transendental · Hujah daripada wahyu ketaktekalanIWahyu ketaktekalan

Portal · Kategori|Category · Pasukan Petugas · Perbincangan · Perubahan

Ikon tunas

Rencana berkenaan biografi ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Norway
  • Chile
  • Sepanyol
  • Perancis (data)
  • Argentina
  • Catalonia
  • Jerman
  • Itali
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Latvia
  • Jepun
  • Republik Czech
  • Australia
  • Yunani
  • Korea
  • Romania
  • Croatia
  • Belanda
  • Poland
  • Sweden
  • Vatican
Institut penyelidikan seni
  • Artis RKD (Belanda)
  • Nama Artis (Getty)
Kamus biografi
  • Belanda
    • 2
  • Jerman
Pangkalan data saintifik
  • CiNii (Jepun)
  • MathSciNet
  • Projek Genealogi Matematik
  • zbMATH
Lain-lain