Port Dickson

Port Dickson
Podeksen
Tanjung Kemuning
Bandar peranginan dan ibu daerah
Transkripsi Lain-lain
 • Jawiڤورت ديكسن
Bulatan di pusat bandar Port Dickson
Bulatan di pusat bandar Port Dickson
Etimologi: John Frederick Dickson, Setiausaha Negeri-negeri Selat
Nama panggilan: PD, Bandar Tentera Darat, Pantai Peranginan Negara
NegaraMalaysia
NegeriNegeri Sembilan
DaerahDaerah Port Dickson
LuakSungai Ujong
Ditubuhkan1889
Pentadbiran
 • Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port DicksonTuan Mohd Zamri bin Mohd Esa
 • Ahli Parlimen Port DicksonDato Seri Aminuddin Harun
Penduduk
 (2010)[1]
 • Jumlah115,631
Zon waktuUTC+8 (MST)
Laman sesawangMajlis Perbandaran Port Dickson

Port Dickson (sebutan dalam loghat tempatan: Podeksen; Jawi: ڤورت ديكسن; juga disingkat sebagai PD) adalah sebuah bandar peranginan pantai yang terkenal, terletak di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia. Ia merupakan bandar kedua terbesar di Negeri Sembilan, selepas Seremban.

Berhadapan dengan Selat Melaka, Port Dickson menawarkan pantai-pantai yang tidak terlalu jauh dari pusat bandarnya untuk penduduk tempatannya berehat, berkelah, berenang dan sebagainya. Antara pantai-pantai yang ada di bandar ini termasuklah Teluk Kemang dan Tanjung Biru (Blue Lagoon).

Bersama-sama dengan Seremban, Port Dickson adalah sebahagian daripada koridor Lembah Wawasan Malaysia 2.0 (MVV 2.0), iaitu sebuah kawasan pembangunan yang meliputi bahagian barat Negeri Sembilan, dari Nilai di utara sehingga Port Dickson di selatan.

Sejarah

Port Dickson mendapat nama dari pegawai tinggi British bernama Sir John Frederick Dickson yang telah ditempatkan di Negeri-negeri Selat semasa akhir abad ke-19. Sebelum tempat ini dibangunkan dan dimajukan ianya dikenali dengan nama Tanjung oleh orang Melayu tempatan kerana kedudukannya di sebuah tanjung kecil. Orang Cina dan India tempatan pula menamakan tempat ini sebagai Alang atau Arang oleh kerana berhampiran dengan tanjung tersebut terletak sebuah pulau yang terkenal dengan pengeluaran arangnya dan membekalkannya kepada kawasan berhampiran.

Setelah menyedari Arang mencapai kemajuan yang pesat sebagai kawasan perindustrian dan Tanjung sebagai kawasan bandar yang membangun dengan cepatnya, Setiausaha Negeri-negeri Selat, Sir John Frederick Dickson, terus mewartakan supaya Tanjung dijadikan sebuah pelabuhan yang strategik dan juga menjadikannya sebagai tempat istirahat untuk pegawai dan peladang British.

Pembangunan pelabuhan itu juga membolehkan orang-orang British mengambil kesempatan dari perniagaan rempah, teh dan sutera yang menguntungkan antara India dan China. Aktiviti perdagangan yang sibuk antara peniaga dua negara tersebut menonjolkan Selat Melaka sebagai satu tempat perhentian yang sesuai dan praktikal kerana kedudukannya di pertengahan perjalanan bagi saudagar-saudagar kapal itu.

Bagi melengkapi keberkesanan pelabuhan baru ini, berikutnya pada tahun 1891, satu landasan kereta api sepanjang 39 km telah dicadangkan untuk menghubungkan Tanjung dan Sungai Ujong yang sekarang dikenali sebagai Seremban. Pelan yang dirangka membolehkan pelbagai jenis barangan yang dibawa oleh kapal niaga seperti rempah-ratus, beras, ubi kayu diangkut melalui keretapi dari pelabuhan ke Sungai Ujong.[1]

Peta Port Dickson

Perkembangan

  • 1889 - Pekan Port Dickson dibuka.
  • 1891- laluan kereta api telah dibina dari Seremban hingga ke pelabuhan Port Dickson.
  • 1933 - Port Dickson telah dipilih sebagai penempatan kem Angkatan Tentera Melayu dan Maktab Tentera Persekutuan (kini Maktab Tentera Diraja). Kem ini dikenali sebagai Kem Haig Lines di Si Rusa, yang kini menempatkan Kolej Pegawai Tidak Tauliah (PTT). Terdapat juga kem-kem lain seperti Kem Segenting, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), dan Kem Sebatang Karah.
  • 1962 - loji penapisan minyak Shell didirikan. Shell merupakan syarikat petroleum multinasional berasal dari Belanda. Kilang ini didaftarkan sebagai Syarikat Shell Petrol and Trading dapat menghasilkan 700 liter tan minyak. Keperluan kilang penapisan petroleum amat penting agar Malaysia tidak bergantung kepada minyak dari Pulau Bukom, Singapura. Petroleum mentah diimport dari Arab Saudi, Kuwait, Iraq dan Iran.
  • 1964 - Esso membuka loji penapisannya sebagai saingan kepada Shell. Rakyat tempatan diambil bekerja di dalam kilang ini.
  • 1965 - Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar dibina bagi membekalkan tenaga elektrik. Janakuasa ini menggunakan petroleum sebagai bahan bakar. Janakuasa ini sering disalah anggap sebagai kilang Shell dan kilang Esso.
  • 1 Disember 1979 - Majlis Daerah Port Dickson ditubuhkan.

Lokasi

Mukim-mukim di Port Dickson merangkumi Jimah, Si Rusa, Teluk Kemang, Pasir Panjang dan Linggi.

Ia terletak 32 km dari Seremban dan 90 km dari Kuala Lumpur. Dengan adanya Lebuhraya Seremban-Port Dickson (E29), dan hanya tiga jam setengah dari Singapura melalui Lebuhraya Utara-Selatan, pelancong dari Negeri Sembilan sendiri, warga Lembah Klang bahkan juga dari Singapura lebih mudah datang ke pantai Teluk Kemang dan pantai-pantai sekitarnya. Harga tol adalah RM3.20 bagi kenderaan ringan.[perlu rujukan]

Pantai

Port Dickson terkenal kerana adanya jajaran pantai yang panjang dan indah sejauh 18 km dari Tanjung Gemuk di utara hingga ke Pasir Panjang di selatan. Pantainya landai, bersih, pasir putih halus dan dilengkapi dengan kedai makanan, bilik mandi dan tandas serta pondok-pondok rehat. Salah satunya ialah Pantai Teluk Kemang yang terletak antara Batu 7 dan Batu 8.

Penginapan

Terdapat banyak hotel, chalet dan resort dibina di Teluk Kemang dan di Port Dickson. Antaranya termasuklah:

  • The Lexis Hibiscus
  • Ancasa Resort Apartment
  • Avillion Village Resort
  • Klana Beach Resort
  • Avillion Admiral Cove
  • The Regency Tanjung Tuan Beach Resort
  • Langit-langi Hotel
  • D'Wharf Residences @ PD Waterfront
  • Bayu Beach Resort
  • Casa Rachado Resort
  • Corus Paradise Resort
  • Desa Lagoon Resort
  • Duta Villa Golf Resort
  • Duta Hacienda Riviera Resort
  • Eagle Ranch Resort
  • Glory Beach Resort
  • Grand Lexis Port Dickon
  • Guoman Resort
  • Ilham Resort
  • Hotel Le Paris
  • Lexis Hibiscus Port Dickson
  • Lexis Port Dickson
  • Ris Beach Hotel
  • Selesa Beach Resort
  • Hotel Seri Malaysia
  • Sunshine Bay Resort
  • Primaland Resort
  • Cozzi Hotel
  • Akar Beach Resort
  • PD World Marina Resort
  • Mirage Hotel
  • Grandpa Hotel
  • Thistle Port Dickson
  • The Guest Hotel & Spa
  • Tasik Villa International Resort

Pasaraya/Pusat Beli-belah

  • Regina Mall (Dahulu dikenali sebagai Oceanic Mall)
  • TF Value-Mart, PD Waterfront
  • Billion Shopping Centre
  • Econsave Lukut
  • Econsave Port Dickson
  • Family Store Teluk Kemang
  • Lotus's Hypermarket Lukut (Dahulu dikenali sebagai Tesco)
  • Pusat Pakaian Hari-Hari
  • Pasaraya KU, Sunggala Gateway
  • Pasaraya Mesra

Politik

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Kawasan di dalam daerah Port Dickson ditadbir oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Ahli Parlimen

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

Galeri imej

  • Batu 2, memandang ke utara. Salah satu blok kediaman Sunshine Bay Resort dilihat pada kanan imej.
    Batu 2, memandang ke utara. Salah satu blok kediaman Sunshine Bay Resort dilihat pada kanan imej.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Sejarah Port Dickson

Pautan luar

  • Peta-peta Port Dickson
  • Gambar-gambar Port Dickson
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Seremban - Bandar diraja: Seri Menanti
Topik
Masyarakat
Pemerintahan
Diraja
Adat
Eksekutif
Bahagian perundangan
Negeri
Kawasan Dewan Undangan Negeri
  • l
  • b
  • s
   

P126 Jelebu
N01 Chennah
N02 Pertang
N03 Sungai Lui
N04 Klawang

P127 Jempol
N05 Serting
N06 Palong
N07 Jeram Padang
N08 Bahau

P128 Seremban
N09 Lenggeng
N10 Nilai
N11 Lobak
N12 Temiang
N13 Sikamat
N14 Ampangan

P129 Kuala Pilah
N15 Juasseh
N16 Seri Menanti
N17 Senaling
N18 Pilah
N19 Johol

P130 Rasah
N20 Labu
N21 Bukit Kepayang
N22 Rahang
N23 Mambau
N24 Seremban Jaya

P131 Rembau
N25 Paroi
N26 Chembong
N27 Rantau
N28 Kota

P132 Port Dickson
N29 Chuah
N30 Lukut
N31 Bagan Pinang
N32 Linggi
N33 Sri Tanjung

P133 Tampin
N34 Gemas
N35 Gemencheh
N36 Repah

Tempatan
Pihak berkuasa tempatan
Semasa
Lama
Bahagian pentadbiran
Tradisional
Adat
  • l
  • b
  • s
Negeri Sembilan Pentadbiran Adat di Negeri Sembilan
Wilayah diraja (Wilayah Adat Lingkungan) : Seri MenantiDewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan
Luak
Pemimpin
Suku
  • Anak Acheh
  • Anak Melaka
  • Batu Belang
  • Batu Hampar
  • Biduanda
  • Mungkal
  • Seri Lemak
  • Seri Melenggang
  • Paya Kumboh
  • Tanah Datar
  • Tiga Batu
  • Tiga Nenek
Peringkat pertama
Daerah
Peringkat kedua
Mukim
Peringkat ketiga
Bandar utama
Bandar baru
Pekan
Kampung
Tanah rancangan
FELDA Wilayah
Raja Alias
Jelebu
Jempol
Tampin
Bahagian pilihan raya
Persekutuan
Negeri
  • l
  • b
  • s
   

P126 Jelebu
N01 Chennah
N02 Pertang
N03 Sungai Lui
N04 Klawang

P127 Jempol
N05 Serting
N06 Palong
N07 Jeram Padang
N08 Bahau

P128 Seremban
N09 Lenggeng
N10 Nilai
N11 Lobak
N12 Temiang
N13 Sikamat
N14 Ampangan

P129 Kuala Pilah
N15 Juasseh
N16 Seri Menanti
N17 Senaling
N18 Pilah
N19 Johol

P130 Rasah
N20 Labu
N21 Bukit Kepayang
N22 Rahang
N23 Mambau
N24 Seremban Jaya

P131 Rembau
N25 Paroi
N26 Chembong
N27 Rantau
N28 Kota

P132 Port Dickson
N29 Chuah
N30 Lukut
N31 Bagan Pinang
N32 Linggi
N33 Sri Tanjung

P133 Tampin
N34 Gemas
N35 Gemencheh
N36 Repah

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisource
  • Kategori Category