Pereka

Pereka ialah seorang yang mencipta atau menemui kaedah, cara, atau peranti yang boleh melakukan sesuatu tugas. Istilah ini juga boleh merujuk kepada mereka yang telah diberikan paten. Bagaimanapun, banyak barang tidak boleh dipatenkan atau umumnya tidak dipatenkan, tetapi masih boleh dianggap sebagai hasil kerja seseorang pereka; contoh-contohnya termasuk kaedah atau keluaran baru yang berkait dengan penyataan kesenian atau matematik. Sebagaimana dengan perekaan rasmi (di bawah undang-undang paten), satu unsur utama jelasnya merupakan unsur ketersegaman yang dibangkitkan oleh rekaan tersebut ke atas mereka yang mahir dalam bidang yang berkaitan apabila mereka diberitahu rekaan tersebut.


Rekaan kesenian dan matematik

Salah satu contoh pempatenan rasmi tentang kaedah/proses seseorang pelukis ialah paten yan dipohon oleh Yves Klein terhadap "Biru Klein" (Kleinian Blue) atau Biru Klein Antarabangsa, [1] sejenis warna biru. [2] Serupa juga, rekaan dalam bidang matematik boleh dikaitkan secara rapat dengan sesuatu orang, umpamanya formula Stirling dengan James Stirling.

Perbezaan dengan cap dagangan

Perkaitan antara hasil kesenian atau matematik dengan perekanya boleh dibezakan daripada penemuan yang mencirikan penciptaan tersebut. Ciri-ciri tersebut adalah lebih serupa dengan konsep cap dagangan yang rasmi, berbanding dengan konsep rekaan yang rasmi. Konsep yang kurang tepat ini boleh ditunjukkan dengan membubuh akhiran "esque" pada nama pereka, umpamnya "Wanita Rubenesque Mempunyai Muka Picassoesque".[3] Perbezaan antara ciri "-esque" dan cap dagangan pada nama pelukis adalah tidak ketara dan pernah dibicarakan dalam mahkamah. [4]

Dari segi rasmi

Taraf pereka ialah penentuan utama untuk mengasaskan hak paten. Sistem paten telah diasaskan untuk menggalakkan para pereka dengan memberikan mereka tempoh monopoli yang terhad untuk rekaan yang dipertimbangkan sebagai cukup baru, berguna, dan tidak ketara. Fasal harta intelektual dalam Perlembagaan Amerika Syarikat membenarkan (tetapi tidak mewajibkan) undang-undang diluluskan untuk mengasaskan hak-hak harta intelektual di negara tersebut.

Lihat juga

  • Daya cipta
  • Hari Pereka
  • Nota buku pereka
  • Pereka Autodesk untuk aplikasi CAD pemodelan 3-D
  • Reka bentuk perindustrian
  • Sejarah Sains dan Teknologi
  • Senarai ahli sains
  • Senarai jurutera
  • Senarai pereka
  • Taraf pereka

Nota

  • Adalah didakwa bahawa keupayaan untuk mereka boleh dikembangkan. Sila lihat TRIZ, teori penyelesaian masalah yang bersifat daya cipta.

Rujukan

  1. ^ Laman web International-Klein-Blue.
  2. ^ Laman web IndieLondon
  3. ^ "Laman web TheOnion". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-10. Dicapai pada 2007-05-22.
  4. ^ Laman web SIB

Pautan luar

  • Himpunan paten tentang teknologi-teknologi kejuruteraan elektrik perintis, termasuk sebilangan pereka yang tersenarai di atas Diarkibkan 2005-03-06 di Wayback Machine
  • Liga Bantuan Pereka – pertubuhan bukan untung yang beroperasi sejak tahun 1963
  • Persatuan-persatuan pereka:
    • Laman web rasmi Hari Pereka
    • Persatuan Pereka Hungary (MAFE) (bahasa Hungary)
    • Persatuan Pereka Sweden Diarkibkan 2010-04-26 di Wayback Machine (bahasa Sweden)
    • Laman web Meja Bulat Pereka Wessex (WRTI) (United Kingdom)
    • Persatuan Pereka St. Louis (IASL) (Amerika Syarikat)
    • Pereka Muda Antarabangsa – pertubuhan bukan untung yang membantu pereka dan pereka baru di bawah umur 35 tahun
    • Laman web InventorSpot – makalah dan nasihat berkait dengan proses perekaan dan daya cipta
    • Laman web Kelab Pereka London Timur (ELIC) (United Kingdom)