Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1916 (sebelum ditukar nama kepada Copa América) merupakan kejohanan pertama bagi pasukan negara di benua Amerika Selatan. Ia telah diadakan di Buenos Aires, Argentina bermula dari 2 Julai hingga 17 Julai semasa ulangtahun ke-100 tahun kemerdekaan di Argentina. Kejohanan ini telah dimenangi oleh Uruguay, yang seri dengan Argentina dalam perlawanan akhir kejohanan itu.
Format
Tidak ada kelayakan khusus untuk menyertai kejohanan ini. Negara-negara yang mengambil bahagian ialah Argentina, Brazil, Chile dan Uruguay. Pasukan bermain menggunakan format "round-robin", memperoleh dua mata jika menang, satu mata untuk seri, dan tiada mata jika kalah.
1.↑Perlawanan antara Argentina dan Uruguay yang dijadualkan pada 16 Julai lalu terpaksa dihabiskan awal selepas 5 minit disebabkan rusuhan penonton. Rusuhan telah berlaku sehingga ke padang dan menyebabkan bahan-bahan yang diperbuat daripada kayu di dalam stadium habis terbakar. Perlawanan itu tidak dapat berlangsung di stadium Estadio GEBA dan dipindahkan ke stadium Estadio Racing Club. Sebahagian daripada perlawanan di Estadio GEBA diisytiharkan batal dan keputusan diambil daripada perlawanan di Estadio Racing Club.[1]