Institusi-institusi Kesatuan Eropah

Di dalam Kesatuan Eropah, terdapat tujuh institusi pembuat keputusan utama seperti yang disenaraikan dalam Perkara 13 Perjanjian mengenai Kesatuan Eropah. Ia terdiri daripada Parlimen Eropah, Dewan Eropah, Majlis Kesatuan Eropah, Suruhanjaya Eropah, Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah, Bank Pusat Eropah dan Mahkamah Juruaudit Eropah.[1] Institusi-institusi ini berbeza dengan agensi-agensi Kesatuan Eropah.

Gambaran keseluruhan

Institusi-institusi Kesatuan Eropah[2]
  • l
  • b
  • s
Dewan Eropah

- Memberikan dorongan dan arah tuju -

Majlis Kesatuan Eropah

- Perundangan -

Parlimen Eropah

- Perundangan -

Suruhanjaya Eropah

- Eksekutif -

Anggota-anggota Majlis Pimpinan Eropah 2011
Bilik mesyuarat Majlis Kesatuan Eropah dan Majlis Pimpinan Eropah di bangunan Europa
Parlimen Eropah
Bangunan Suruhanjaya Eropah
  • sidang kemuncak bagi ketua-ketua negara atau kerajaan/pemerintah, Presiden Majlis Pimpinan Eropah dan Presiden Suruhanjaya Eropah.
  • memberikan dorongan siasah yang perlu untuk pembangunan Kesatuan dan menetapkan matlamat dan keutamaannya
  • tidak menggubal undang-undang
  • berpangkalan di Brussels
  • terdiri daripada 28 menteri negara (seorang bagi setiap negara)
  • secara tidak rasmi dikenali sebagai "Majlis Para Menteri" atau "Majlis" sahaja
  • bertindak bersama dengan Parlimen sebagai sebuah badan perundangan
  • berkongsi kuasa dengan Parlimen dalam ehwal belanjawan
  • memastikan penyelarasan dasar ekonomi dan sosial yang meluas dan menetapkan panduan untuk Dasar Luar dan Keselamatan Bersama (CFSP)
  • memutuskan perjanjian antarabangsa
  • berpangkalan di Brussels
  • bertindak bersama dengan Majlis Kesatuan Eropah sebagai sebuah badan perundangan
  • berkongsi kuasa dengan Majlis Kesatuan Eropah dalam ehwal belanjawan
  • memberikan kawalan demokratik terhadap institusi-institusi termasuklah Suruhanjaya Eropah dan mempersetujui para anggota Suruhanjaya
  • berpangkalan di dan sesi pleno di Strasbourg, pertemuan utama di Brussels
  • merupakan badan eksekutif
  • menyerahkan usul perundangan baru kepada Parlimen dan Majlis Kesatuan Eropah
  • melaksanakan dasar-dasar
  • mentadbir belanjawan
  • memastikan kepatuhan terhadap undang-undang Eropah ("penjaga perjanjian")
  • merunding perjanjian antarabangsa
  • berpangkalan di Brussels
Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah

- Kehakiman -

Bank Pusat Eropah

- Bank pusat -

Mahkamah Juruaudit Eropah

- Juruaudit kewangan -

Kamar ECJ
Bank Pusat Eropah
Bangunan ECA
  • memastikan penerapan dan tafsiran undang-undang Eropah yang seragam
  • mempunyai kuasa untuk memutuskan pertelingkahan undang-undang di antara negara anggota, institusi, perniagaan dan orang perseorangan
  • memeriksa penerapan belanjawan yang tepat
  • berpangkalan di Luxembourg

Rujukan

  1. ^ "Consolidated versions of Treaty on European Union and of Treaty on the Functioning of the European Union" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Eur-lex. Dicapai pada 1 Disember 2009.[arkib]
  2. ^ "Versi disatukan Perjanjian mengenai Kesatuan Eropah/Tajuk III: Peruntukan-peruntukan mengenai Institusi-institusi" (dalam bahasa Inggeris).

Pautan luar

  • Institusi dan badan lain Kesatuan Eropah, Europa (portal web)
  • Arkib rasmi institusi-institusi Kesatuan Eropah