Format terbuka

Format terbuka ialah suatu format fail untuk tujuan menyimpan data digital, di mana format ini ditakrifkan berdasarkan spesifikasi yang diterbitkan dan dikendalikan pertubuhan piawaian, serta boleh digunapakai khalayak ramai. Format-format ini juga boleh dianggap sebagai percuma (free file formats) sekiranya tidak dikekang hak cipta, paten, tanda dagang atau mana-mana batasan yang seumpamanya (jika berada dalam domain umum misalnya) agar dapat digunakan sesiapa untuk sebarang tujuanpun tanpa sebarang kos yang perlu dibayar.[1]

Lihat juga

  • Protokol percuma
  • Perisian percuma
  • Sumber terbuka

Rujukan

  1. ^ "Free File Format Definition". LINFO.org. Dicapai pada 11 Februari 2007.

Pautan luar

  • OpenFormats Diarkibkan 2008-10-12 di Wayback Machine
  • Free File Format Definition