Fenghuang

Fenghuang
Patung Fenghuang, kota Nanning, Guangxi, China
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Tradisional鳳凰code: zh is deprecated
Tulisan Cina Ringkas凤凰code: zh is deprecated
Transkripsi
Bahasa Mandarin Baku
Hanyu PinyinFèng Huáng
Gan
Romanizationfung5 uong4
Bahasa Yue: Bahasa Kantonis
Perumian Yalefung6 wong4
Jyutpingfung6 wong4
Vietnamese name
Vietnamese alphabetPhượng/Phụng Hoàngcode: vi is deprecated
Korean name
Hangul봉황code: ko is deprecated
Hanja鳳凰code: ko is deprecated
Transkripsi
Revised Romanizationbong-hwang
Japanese name
Kanji鳳凰code: ja is deprecated
Transkripsi
Romanizationhō-ō

Fenghuang atau burung hong (dialek Baba)[1] ialah raja segala burung dalam mitos Asia Timur. Jantannya dipanggil Feng dan betinanya pula Huang. Walaupun begitu, dewasa ini jantina burung ini jarang dibezakan, maka Feng dan Huang dikaburkan menjadi lambang kebetinaan yang boleh berpasangan dengan naga Cina yang berlambang kejantanan. Fenghuang juga dikenali sebagai "Ayam Jaguh Mulia" (Cina Tradisional: 鶤雞code: zh is deprecated kūnjī) kerana adakalanya mengambil tempat bintang Ayam dalam zodiak Cina. Di dunia Barat, burung mitos ini dikenali sebagai Phoenix Cina, tetapi juga boleh dibandingkan dengan cenderawasih mitos kerana kecantikannya. Kota Purba Fenghuang ialah sebuah penempatan kuno yang terletak di wilayah Hunan.

Rupa

Burung Fenghuang sering digambarkan menyambar ular dengan cakar sambil melebarkan sayapnya. Mengikut catatan Erya, bab 17 Shiniao, Fenghuang dikatakan berparuh ayam jantan, bermuka burung layang-layang, berdahi ayam, berleher ular, berdada angsa, berbelakang kura-kura, bersukuan belakang rusa jantan dan berekor ikan.[2] Kini pula, burung mitos ini sering dihuraikan sebagai gabungan anggota badan beraneka burung termasuklah berkepala kuang emas, berbadan itik cina, berekor merak jantan, berkaki jenjang, berparuh kakaktua, dan berkepak layang-layang.

Badannya melambangkan enam jasad cakerawala. Kepalanya ialah angkasa, matanya ialah suria, belakangnya ialah bulan, sayapnya ialah angin, kakinya ialah bumi, dan ekornya ialah planet-planet. Bulu-bulu pelepahnya berwarna lima warna asas: hitam, putih, merah, biru dan kuning. Adakalanya burung Fenghuang digambarkan berkaki tiga.

Rujukan

  1. ^ Gwee, William Thian Hock (2006). "burung". Baba Malay Dictionary: The First Comprehensive Compendium of Straits Chinese Terms and Expressions. Tuttle Publishing. m/s. 51. ISBN 978-0-8048-3778-1.
  2. ^ [《尔雅·释鸟》郭璞注,鳳凰特徵是:“雞頭、燕頷、蛇頸、龜背、魚尾、五彩色,高六尺许”。] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-s (bantuan)

Pautan luar

  • http://www.onmarkproductions.com/html/ho-oo-phoenix.shtml
  • l
  • b
  • s