Eruktasi

Bunyi eruktasi

Contoh bunyi eruktasi atau sendawa dalam badan yang boleh didengari

Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media.

Eruktasi atau juga dikenali umumnya sebagai sendawa[1]:maksud II adalah pembebasan gas dari saluran pencernaan (termasuk esofagus dan perut) haiwan melalui mulut. Pelepasan ini biasanya menghasilkan bunyi yang dapat didengari.

Punca

Keadaan ini boleh datang dari beberapa punca:

  • Penelanan udara ketika makan atau minum; gas yang dikeluarkan sering terdiri dari campuran nitrogen dan oksigen.[2]
  • Pengambilan minuman yang mengandungi karbon dioksida seperti bir dan minuman ringan; gas yang dikeluarkan adalah sisa karbon dioksida yang berlebihan.
  • Kesan sampingan pengambilan ubat merawat kencing manis seperti metformina[3] dan eksenatida[4] terutama pada dos yang lebih tinggi; kesan ini sering hilang dalam beberapa minggu.
  • Punca lain termasuk: alahan makanan, penyakit pundi hempedu, refluks esofagus, H. pylori, penyakit refluks asid[5] dan gastritis.[6]

Rujukan

  1. ^ "sendawa". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.CS1 maint: date and year (link)
  2. ^ Cormier, René E. (1990), Walker, H. Kenneth; Hall, W. Dallas; Hurst, J. Willis (penyunting), "Abdominal Gas", Clinical Methods: The History, Physical, and Laboratory Examinations (ed. 3rd), Butterworths, ISBN 040990077X, PMID 21250257
  3. ^ "DailyMed: About DailyMed". Dicapai pada 4 October 2014.
  4. ^ "DailyMed: About DailyMed". Dicapai pada 4 October 2014.
  5. ^ "Belching: MedlinePlus Medical Encyclopedia". medlineplus.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-30.
  6. ^ Hopman, Wim P; van Kouwen, Mariëtte C; Smout, André J (14 April 2010). "Does (supra)gastric belching trigger recurrent hiccups?". World Journal of Gastroenterology. 16 (14): 1795–1799. doi:10.3748/wjg.v16.i14.1795. PMC 2852831. PMID 20380015.