Dahagi

Serangan Pendahagi ke atas Redan Battery di Lucknow, 30 Julai 1857.

Dahagi merupakan suatu konspirasi dalam kalangan ahli sesebuah kelompok (biasanya pasukan tentera, anak-anak kapal atau orang awam) yang secara terbuka menentang, menukar atau menumbangkan pihak berkuasa yang berada di atas mereka. Istilah ini sering digunakan untuk pemberontakan antara anggota tentera terhadap pihak atasan mereka dan istilah ini juga kadang-kala digunakan bagi mana-mana jenis pemberontakan terhadap pihak berkuasa. Ketika Zaman Penemuan, dahagi secara khususnya bermaksud pemberontakan terbuka terhadap seorang kapten kapal.

Pautan luar

  • Laman sejarah dahagi dan peperangan
  • Dahagi ketika Perang Dunia I oleh David Lamb Diarkibkan 2007-03-12 di Wayback Machine
  • l
  • b
  • s