Budak Intern

  • Drama
  • Sahabat
  • Cinta
Ditulis oleh
  • Amar Amir
  • Amin Shakib
  • Azril Hamzah
  • Shida
PengarahAbang bob
Dibintangi oleh
  • Intan Najuwa
  • Malek Mccrone
  • Bella Dowanna
  • Syafi Tee
Lagu pembukaanBebel - Farisha IrisNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod16 EpisodPenerbitanPenerbit eksekutif
  • Sadupal Singh
  • Vareen Kaur
PenerbitJaspal S. KorotanaTempoh siaran22 minit
Syarikat penerbitan
OrangeTree Production Sdn BhdPenyiaranSaluran asalTV9
ViuFormat gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080i (HDTV)
Format audioDolby DigitalSiaran asal22 September 2021 – 4 Disember 2021

Budak Intern ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Abang bob, dibintangi oleh Intan Najuwa, Malek Mccrone, Bella Dowanna dan Syafi Tee. Siri ini memulakan tayangan di Dramedy, TV9 bermula 22 September 2021. [1]

Sinopsis

Mengisahkan suka duka sekumpulan pelatih industri yang baru hendak menjinak dalam industri pengiklanan. Bainun, Siruh, Ryan dan Karl mempunyai sebab sendiri untuk bekerja sepenuh masa selepas latihan industri tamat. Selepas habis waktu kerja, mereka sering menghabiskan masa di sebuah kafe milik kepada kakak Karl.

Empat sekawan dari sebuah kolej, Siruh, Ryan, Karl dan Bainun berjaya mendapat tawaran latihan industri (internship) di sebuah agensi Pengiklanan yang terkenal. Pengalaman pertama kali bekerja di alam pekerjaan yang sebenar telah membuka mata dan dimensi mereka. Pelbagai cabaran dan peristiwa dihadapi oleh mereka berempat demi beroleh penilaian yang baik dari penyelia masing-masing. Tanpa mereka sedar ‘Internship’ bukan sekadar penilaian lulus atau gagal, malah turut menguji persahabatan mereka dan merubah mereka selamanya.

Pelakon

Rujukan

  1. ^ Drama Budak Intern. MyInfoTaip. Dicapai 22 September 2021