Bar (unit)

Silinder aluminium (setebal 5mm) selepas tekanan 700 bar.

Bar ialah unit bukan SI untuk tekanan yang ditakrifkan oleh IUPAC sebagai bersamaan tepat dengan 100,000 Pa.[1] Ia hampir sama dengan tekanan atmosfera Bumi pada aras laut, dan sejak 1982, IUPAC telah mengesyorkan supaya piawai bagi tekanan atmosfera diharmonikan kepada 100,000 Pa = 1 bar ≈ 750.0616827 Torr.[2] Takrifan yang sama digunakan dalam industri mesin pemampat dan industri peralatan pneumatik (ISO 2787).

Asal-usul

Perkataan bar berasal daripada perkataan Yunani βάρος (baros), bermaksud berat. Simbol rasminya ialah "bar"; dahulunya "b" yang kini lapuk, namun masih digunakan khususnya "mb" yang menggantikan "mbar" untuk milibar.

Rujukan

  1. ^ Kesatuan Kimia Tulen dan Gunaan Antarabangsa. "IUPAC Gold Book - bar". Ringkasan Terminologi Kimia Edisi Internet.
  2. ^ Kesatuan Kimia Tulen dan Gunaan Antarabangsa. "IUPAC Gold Book - standard pressure". Ringkasan Terminologi Kimia Edisi Internet.
Templat:Citizendium

Pautan luar

  • Official SI website: Table 8. Non-SI units accepted for use with the SI
  • Conversion factors from bar to various pressure units
  • l
  • b
  • s

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.