Alat tiup

Petite Symphonie pour neuf instruments à vent
(Simfoni Kecil buat Sembilan Alat Tiup) oleh Charles Gounod
I. Adagio, allegro


II: Andante cantabile


III: Scherzo (Allegro moderato)


IV: Finale (Allegretto)

Persembahan Soni Ventorum Wind Quintet.

Masalah mendengarkan fail ini? Sila lihat bantuan media.

Alat tiup ialah sejenis alat muzik yang mengandungi sejenis alat pengayun atau alat resonan (lazimnya tiub) . Seorang pemain menggetarkan lajur udara dengan meniup udara ke dalam atau merentasi pemipit yang terdapat di hujung alat pengayun. Pic getaran ditentukan panjang tiub dan dengan manipulasi insani panjang lajur udara yang bergetar. Dalam kes beberapa alat tiup, bunyi dijana dengan meniup rid; dalam jenis jain bunyi dijana dengan desiran pada pemipit logam.

Erke

Kaedah mendapatkan not berlainan

  • Menukar panjang jalur udara yang bergetar dengan mengubah panjang berkesan tiub sama ada membuka atau menutup lubang pada tepi tiub. Ini dapt dilakukan dengan menutup lubang dengan jari ataupun dengan menekan kekunci yang kemudiannya menutup lubang. kaedah ini digunakan dalam hampir senua alat tiup kayu.
  • Mengubah panjang jalur udara yang bergetar dengan menukar panjang tiub dengan mengguna injap (injap putaran atau injap omboh) yang menyalurkan udara merentasi tiub tambahan, dan dengan itu menambah panjang tiub dan merendahkan pic dasar. Kaedah ini digunakan dalam hampir kesemua instrumen bras.
  • Mengubah panjang jalur udara dengan memanjang dan/atau memendekkan tiub dengan mengguna alat gelangsar atau slaid. Kaedah ini digunakan pada trombon dan slide whistle.
  • Menggetarkan jalur udara pada harmonik berlainan tanpa mengubah panjang jalur udara (lihat siri harmonik). Semua alat tiup menggunakan kaedah di atas bagi menukar tingkat nada.

Lihat juga

  • Alat muzik
  • Pancaragam konsert
  • trengkas bagi alat orkestra

Rujukan

Pautan luar